Thursday, April 14, 2011

Keajaiban Tottenham Hotspur Ditamatkan Real Madrid.

Setelah kemunculan mengagumkan semenjak hampir 50 tahun,tiada siapa pernah menyangka TOTTENHAM HOTSPUR mampu pergi sejauh suku akhir untuk bertemu dengan salah satu gergasi bola sepak dunia,REAL MADRID.sebelum tibanya kejayaan ke suku akhir,mari kita perhatikan kemaraan spurs yang penuh liku.
spurs yang menduduki tempat keempat dalam liga perdana inggeris musim 2009/2010 yang merupakan tempat terakhir untuk slot ke LIGA JUARA JUARA EROPAH telah diundi untuk bertemu dengan pasukan YOUNG BOYS dari switzerland pada pusingan kelayakan namun telah tewas 3-0 dalam pertemuan pusingan pertama kelayakan tersebut.namun hasil usaha gigih para pemain spurs telah bangkit membenam young boys 4-0 dalam pertemuan kedua kelayakan tersebut.liku-liku terus mengiringi kelayakan spurs di peringkat kumpulan apabila diletakan dalam kumpulan A yang terdiri daripada JUARA BERTAHAN LIGA JUARA JUARA EROPAH 2010 iaitu INTER MILAN,JUARA LIGA BELANDA,FC TWENTE dan pasukan WENDER BREMEN dari jerman dan spurs ketika itu diramal akan tersingkir awal namun spurs pula mengganas dengan membenam ketiga-tiga cabaran pasukan yang dilihat lebih mantap daripada spurs.semua orang masih ingat akan jaringan hatrik GARETH BALE ketika spurs tewas tipis 4-3 di SAN SIRO dengan mempermainkan salah satu pertahanan terbaik dunia iaitu MAICON dengan larian pantasnya menyebabkan GARETH BALE mendapat populariti segera dari seluruh dunia.

Gareth bale juga telah menunjukan skil yang hebat ketika membantu spurs menewaskan inter di WHITE HART LINE 3-1 dan menyaksikan spurs muncul juara kumpulan A.



Pada undian pusingan 16 terbaik,spurs telah diundi bertemu dengan juara 7 kali LIGA JUARA JUARA EROPAH iaitu AC MILAN dan hasil gol tunggal PETER CROUCH telah memusnahkan harapan AC MILAN untuk mara lebih jauh lagi.


Tahniah spurs atas permainan menakjubkan dalam kempen tahun ini walaupun tewas spurs tetap dihatiku.

No comments:

Post a Comment